Saturday, September 22, 2012

Mengapa Wajib Menggunakan Facebook Page untuk Bisnes


Facebook Page atau disebut juga sebagai ‘Fan Page’ adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak pihak Facebook untuk usahawan dan perniagaan. Ini bagi memudahkan pihak usahawan mengasingkan aktiviti perniagaan mereka daripada personal profile.
Menggunakan Facebook Page untuk menjual produk, servis, membina pengikut untuk bisnes, mengembangkan jenama dan apa jua tujuan, mempunyai banyak kelebihan:

1. Boleh Tambah Aplikasi

Aplikasi adalah seumpama aksesori. Kita boleh tambah ruangan-ruangan lain yang tiada pada Facebook Page. Contohnya kita ingin meletak website di Facebook Page kita, maka kita boleh gunakan aplikasi seperti iFrame. Jika kita guna personal profile, kita tidak dapat melakukan hal ini.

2. Landing Tab

‘Landing Tab’ adalah satu bahagian yang digunakan oleh pemilik Fan Page untuk menarik minat prospek untuk klik Like Page yang mereka layari. Selain itu, landing tab juga dapat digunakan untuk melakukan promosi bagi satu-satu produk dan boleh juga digunakan untuk memperkenalkan diri kita dan perniagaan kita.
Selain meletak maklumat, kita juga boleh meletak video, gambar dan imej. Malah, kita boleh meletak website ataupun blog secara ‘live’ pada bahagian tab. Untuk satu Fan Page, kita boleh memasang sebanyak mana tab yang kita mahukan, tetapi sebaiknya tidak terlalu banyak agar tidak membuat ‘fans’ atau prospek keliru.

3. Statistik

Facebook Page mempunyai satu fungsi statistik yang dipanggil sebagai Insights. Kita dapat tahu tulisan status kita yang mendapat lebih banyak respons dan yang mana kurang. Dari situ kita dapat tahu pelajari tulisan-tulisan yang pengikut (fans) sukakan.
Selain itu, kita juga dapat tahu beberapa maklumat asas fans kita seperti jumlah fans mengikut umur, negeri / bandar kediaman dan jantina.

4. Keterbiasaan Pembeli Rakyat Malaysia

Jika dahulu rakyat Malaysia suka membeli melalui blog, tetapi kini mereka lebih selesa dan suka berurus niaga melalui Facebook. Semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli produk di Facebook. Jadi amat rugi jika usahawan tidak mengambil peluang untuk berniaga di Facebook.

5. Mindset Pengguna Facebook

Pengguna Facebook biasanya menganggap Personal Profile adalah untuk mencari dan menambah kawan, seterusnya berkenalan. Ia bukan untuk bisnes dan berniaga. Sebaliknya, mereka lebih selesa berurus niaga di Facebook Page.
Walaupun ada pengguna Facebook yang tidak kisah membeli melalui Personal Profile, namun bagaimana pula dengan sebahagian pengguna yang lain?  Gunakan Facebook Page juga untuk menjual dan mempromosi agar pengguna FB yang hanya mahu berurusan di FB Page tidak kita sia-siakan begitu sahaja.

**kredit to http://teknikfb.com

Labels: , , ,

Friday, September 21, 2012

TEKNIK MENJUAL BARANG DI INTERNET


Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya,
iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah
perniagaan, produk dan jenama bisnes itu
dikenali ramai, pengemudi itu perlu tahu
melakukan sesuatu, iaitu promosi.

Kebanyakan di antara mereka yang menjual
di internet juga sering lakukan kesilapan.
Mungkin ada di antara yang masuk ke
group iklan di internet dan post secara
terus di wall tersebut.

Contoh groupnya adalah :
http://www.facebook.com/groups/118508278169744/


Tidak salah untuk anda sertainya, tetapi anda
sendiri boleh lihat adakah ianya berkesan?
Ditambah pula dengan ribuan iklan yang
lain turut serta di dalam sesebuah group
itu dan akhirnya iklan anda tiada makna
lagi.

Bila bercakap tentang ilmu promosi, ia
ada banyak jenis seperti promosi terang-
terangan dan promosi secara halus.

Seorang usahawan yang dikenali dengan
hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu
dan membantu usahawan lain, akan mula
dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi
sedikit.

Di zaman berteknologi hari ini, boleh dikatakan
kebanyakan usahawan telah mempunyai
akaun Facebook masing-masing. Adalah
amat rugi jika kita sebagai usahawan
tidak mempelbagaikan cara pemasaran
di Facebook.


Berikut adalah cara-caranya :

1. Gunakan nama sebenar di Facebook

Seorang usahawan harus telus di medan
media sosial seperti di Facebook.
Menggunakan nama samaran boleh,
tetapi ia sedikit berisiko.

Orang lain akan menganggap kita ada
niat yang tidak baik. Pelanggan dan
pembeli hanya mahu berurusan dengan
orang yang telus sahaja.

Begitu juga kita, sama sekali takut untuk
membeli barang daripada orang yang
menggunakan identiti palsu.


2. Gunakan gambar sebenar atau
    gambar yang elok


Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan
menggunakan gambar-gambar seperti
bunga, kartun dan seumpamanya,
kerana ia tidak profesional dan tidak
mencerminkan kita sebagai seorang
usahawan.

Jika boleh, letak foto yang terkini. Bagi
usahawan wanita (wanita Islam) yang
tidak mahu mendedahkan gambar
sebenar atas sebab privasi, boleh
gunakan logo bisnes.

Elakkan meletak gambar produk. Manakala
bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh
untuk tidak mendedahkan foto sebenar.
Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook
profile adalah, prospek dan pelanggan
semakin mempercayai dan meyakini kita.


3. Sertai group yang berkaitan sahaja

Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana
cara menyertai sesebuah group? Berapa
banyak group yang perlu saya sertai?

Anda sertai group yang berkaitan dengan
perniagaan dan juga bidang jualan khairol.
Untuk group berkaitan perniagaan, di
sana terkumpul ramai usahawan.

Kita boleh berkenalan dengan mereka dan
bina kredibiliti di sana sebagai usahawan
yang boleh sama-sama berkongsi
pengalaman.

Manakala group berkaitan bidang jualan,
katakan khairol menjual pakaian, maka
sertai group yang berkaitan dengan pakaian.
Kongsikan tip-tip dan panduan yang
berkaitan pakaian.

Untuk menyertai group, kita boleh mencari
group dengan menggunakan fungsi carian
(search) di Facebook. Masukkan perkataan
berkaitan dan klik search. Kemudian klik
pada Groups. Anda akan disenaraikan
dengan group yang boleh disertai.

Selain itu, gunakan juga fungsi carian
Group di sini :
https://www.facebook.com/findgroups

khairol tidak perlu menyertai banyak group.
Pilih group yang aktif dan lebih menumpu
kepada perbincangan dan perkongsian.
Tidak kisah group itu ramai ahli ataupun
tidak, yang penting adalah kualiti ahli
group. Elakkan group yang memfokus
kepada iklan semata-mata.


4. Gunakan gambar atau imej

Jangan lupakan gambar. Untuk menjadikan
perkongsian khairol di group lebih menarik
perhatian ahli group, gunakan imej ataupun
foto yang sesuai dan berkaitan.

Contohnya, jika anda berkongsi tentang bisnes
offline anda, sertakan sekali gambar kedai
anda.


5. Penulisan dalam bentuk tip

Tidak perlu menulis terlalu panjang di group.
Penulisan dalam bentuk senarai tip adalah
lebih digemari berbanding penulisan yang
agak panjang lebar.


6. Perkongsian pengalaman sebenar

Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam
bentuk tip/panduan, ahli group juga amat
suka dengan perkongsian pengalaman
sebenar.

Berikan inspirasi dan motivasi kepada
mereka tanpa menyuruh mereka
bermotivasi, tetapi kongsikan cerita
yang memberi mereka suntikan
semangat.


7. Berikan komen positif

Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak
ansur adalah amat penting. Selain berkongsi,
kita juga perlu memberikan komen yang
positif kepada ahli lain apabila mereka
berkongsi tip, panduan dan pengalaman.

Ucapkan juga terima kasih, tahniah dan
sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk
komen, elakkan berikan komen agar
tidak ada ahli yang terluka.


Diharap dengan mengamalkan 7 tips ini
ianya dapat membantu meningkatkan
kredibiliti kita sebagai usahawan di
Facebook.

Secara tidak langsung ini adalah teknik
menjual secara halus, selain mempromosikan
jenama dan diri kita pastinya, apabila
kita menjual sesuatu pelanggan anda
lebih berminat.

Promosi secara terus pula saya amat
mencadangkan anda gunakan Facebook.
Ada yang sudah terbukti berkesan kerana
ianya memang diwujudkan kepada mereka
yang berminat.


Saya percaya panduan yang disediakan
mampu meningkatkan kadar jualan anda,
klik sini untuk mendapatkannya :
http://www.teknikfbo.com/hop.php?ref=dpli

Salam kejayaan,

Khairol Nizam Mokhtar
Lifestyle Store @ matzainstore.blogspot.com


kredit kepada : Ikhwan Fahmi @ http://www.teknikfbo.com

Labels: , , ,

Macam Mana Nak Popularkan Blog


Macam-macam cara korang boleh lakukan untuk popularkan blog korang.Antaranya dengan submit blog korang ke google.Mesti korang pelik walaupun dah ping blog korang,tapi bila search sebijik nama blog korang pun masih tak ada dalam senarai google.Jadi kawan-kawan,hari ini aku nak ajarkan caranya..

Langkah 1
Korang pergi ke http://www.google.com/addurl/ dan submit blog korang.
URL=Blog korang
Comment=Korang tag lah benda yang berkaitan dengan blog korang.Macam dalam gambar tu.

Lepas tu masukkan huruf security dan submit.

Langkah 2(baca betul2)

Kemudian,korang pergi ke https://www.google.com/webmasters/tools/ ,login,click pada add a site, masukkan URL blog korang,dan klik continue.Ada sesetengah orang masukkan www.akal-emosi.blogspot.com & akal-emosi.blogspot.com,tapi aku masukkan akal-emosi.blogspot.com je.


Pilih Add a meta tag to your site's home page dan copy code ke dashboard>design>edit html blog korang(nak cari <head> tu boleh guna ctrl+f).Dah letak lepas tu baru verify.Settle...
*Kalau tak boleh cuba delete balik url site dan submit balik ataupun gunakan browser google chrome

Langkah 3

Okey,sekarang click semula ke https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en dan click blog korang.Pergi ke Site configuration kemudian Sitemap.Click cubmit a sitemap dan masukkan atom.xml seperti macam ni: http://akal-emosi.blogspot.com/atom.xml
Click Submit sitemap dan teruskan dengan yang seterusnya.

  •  rss.xml
  •  feeds/posts/default
  •  feeds/posts/default?alt=rss
dan akan jadi macam ni:

Ok,benda ni dah settle.

Langkah 4

Ping blog korang kat http://pingler.com/. Setiap kali korang buat entri baru korang pinglah kat laman web tu dan laman web ping yang lain seperti innit.Barulah blog korang orang dapat dicari.

Langkah 5

Haish...Berapa banyak langkah lah...Cukup-cukup la tu.....Ok,selamat mencuba!

P/S:Ada masalah tinggalkan kat comment sini.Nanti aku balas kat comment korang.

Labels: , , , , ,